Surah Yasin

Fadhilat Zikir 4

30. Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir maka Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya lebih daripada orang yang meminta kepadaNya. Di dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa Allah s.w.t. berfirman: "Barang siapa yang tertahan oleh zikirKu daripada berdoa nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang ku berikan kepada orang-orang yang berdoa."

31. Sungguhpun zikir ini merupakan suatu ibadat yang ringan dan mudah sekali namun ia adalah lebih afzal dan utama daripada seluruh ibadat kerana mengerakkan lidah itu lebih mudah daripada mengerakkan seluruh badan.

32. Zikrullah adalah merupakan pohon di dalam syurga. Masaalah ini akan diterangkan nanti dengan lebih jelas di dalam fasal kedua dari bab ketiga risalah ini.

33. Nikmat dan kekurniaan yang diberikan Allah kepada seseorang kerana zikir tidaklah diberikan kerana amal-amal yang lain. Yang mana diterangkan di dalam sebuah hadis: "Barang-siapa yang membaca kalimah yang keempat (Laila Haillallahu Wahdahu) sebanyak seratus kali pada satu hari maka Allah memberikan pahala kepadanya yang seimbangan dengan memerdekakan sepuluh hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya seratus kebajikan, dihapuskan daripada-nya seratus dosa. Dipelihara daripada godaan syaitan dan tidak sesiapa pun yang lebih afzal daripadanya kecuali orang yang amalan-amalannya telah melebihi."

Ada lagi banyak sekali hadis-hadis yang menyatakan bahawa zikir itu adalah amalan yang terafzal sekali. Sebahagian daripada hadis-hadis itu akan tersua nanti di dalam bahagian-bahagian berikut yang terkandung di dalam risalah ini.

34. Seseorang yang berzikir berterusan dengan secara istiqamah ia akan terselamat daripada melupakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat. Kerana melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Tuhan dan yang melupakan Tuhan nescaya akan tercampak ke dalam kancah kerugian.

Diperingatkan oleh Tuhan di dalam kitab suci Al-Quran: WALAA TAKUUNUU KALLAZINA NASULLAAHA ertinya: "Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. (surah Al-Hasyar A. 19) Yakni janganlah kamu menyerupai orang-orang yang tidak menghiraukan Allah, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju kearah kejayaan hakiki. Kerana apabila manusia melupakan dirinya maka dengan sendirinya ia terlalai daripada muslihat-muslihatnya, akhirnya ia menjadi mangsa kebinasaan. Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah atau ladangnya, tidak menghiraukannya sedikit pun. Maka tentulah sawah atau ladangnya itu tidak akan mendatangkan hasil apa-apa. Dan akhirnya keadaannya berubah menjadi belukar.

Seseorang akan merasai keamanan dan ketenangan jiwa manakala ia membasahi lidahnya dengan berzikir sehingga ia cinta kepada zikir. Seperti mana seorang yang cinta kepada air ketika ia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika ia lapar ataupun cinta kepada pakaian dan rumah kediaman semasa ia merasai panas atau dingin yang amat sangat. Bahkan zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-segala yang disebutkan itu tidak tersedia maka tubuh kasar manusia saja mengalami kebinasaan sedangkan tanpa zikir, roh dan hati juga akan mengalami kebinasaan.

35. Dengan zikir seseorang manusia mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus menerus ketika ia beristirahat atau pun berada di pasar, ketika ia sihat atau pun sakit, ketika ia sibuk dengan mengecap kenikmatan hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan. Pendek kata pada setiap masa dan dalam setiap keadaan ia mencapai kejayaan. Tiada suatu apa pun yang menyebabkan ia mencapai kemajuan dengan secara terus menerus kecuali dengan zikir. Jika hatinya telah bersinar dengan sinaran zikir maka dalam setiap keadaan ia meningkat kemartabat yang setinggi-tingginya.

(DIPETIK DARIPADA TAZKIRAH JUMAAT)

Fadhilat Zikir 3

21. Zikir adalah menyebut, orang berzikir itu dikeliling oleh 'arasy Ilahi yang mana ternyata dari hadis yang ketujuh belas yang termuat dalam bab yang ketiga fasal kedua risalah ini.

22. Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya dalam kesusahan.

23. Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah s.w.t.

24. Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para Malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu (pengertian sakinah telah pun diterangkan dalam menghuraikan hadis 8 yang termuat dalam fasal ini).

25. Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta maki-hamun dan bercakap yang sia-sia. Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir maka terselamat daripada sifat-sifat yang keji. Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat di dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.
(DIPETIK DARIPADA TAZKIRAH JUMAAT)

Fadhilat Zikir 2

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah s.w.t. menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh daripada Allah.

13. Zikir adalah membukakan pintu mak'rifat Allah s.w.t.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kehebatan Allah s.w.t. dan melahirkan semangat buat merapatkan diri denganNya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya, "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu." Sebagaimana yang telah diterangkan dengan panjang lebar di dalam bahagian ayat-ayat dan hadis-hadis iaitu fasal pertama dan kedua risalah ini bahawa jika seandainya zikir tidak mempunyai fazilat-fazilat yang lain dari fazilat ini tetapi dengan memandangkan kemuliaan dan ketinggiannya maka fazilat yang satu itu pun sudah memadai, pada hal disamping kelebihan itu ada lagi kelebihan yang tak terhitung banyaknya.

16. Zikir adalah menghidupkan hati, Hafiz Ibnu Thai-mi'ah rah.a. berkata bahawa perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata jika kedua-duanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatnya (kekotorannya) seperti mana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu ada daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.

20. Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah s.w.t. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu atau gelisah terhadap Allah. lanya dapat dihapuskan hanya oleh zikrullah.
(DIPETIK DARIPADA TAZKIRAH JUMAAT)

Fadhilat Zikir 1

1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. redza.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni memurahkan rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah s.w.t. kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Ilahi itu maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana mutalaah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah dan muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olahnya ia melihatNya (keadaan seperti inilah yang merupakan tujuan asasi daripada perjuangan parasufi).

(DIPETIK DARIPADA TAZKIRAH JUMAAT)

Fadhilat Sadaqah 2

 "Wahai orang yang beriman,belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat(melainkan dengan izin Allah)."(Baqarah:34;ayat:254)

Fadhilat Sadaqah 1

"Dan belanjakan (harta bendamua) di jalan Allah, dan janganlah menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.Dan berbuat baiklah (yakni hendaklah kamu membuat perbelanjaan itu dengan cara yang baik), kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.(Baqarah:24;ayat:195)

Fadilat Solat -4

Fadilat Solat 

Ibn Mas'ud r.a menceritakan bahawa beliau dgr Rasulullah :"Menjelangnya waktu solat seorang malaikat adalah ditugas spya menyeru:"Hai anak Adam!Bangunlah dan api yg sdg kamu nyalakan utk membakari dirimu." Orang2 pun bangun,berwuduk dan sembahyang Zohor.Ini menyebabkan dosa2 yg dilakukan sejak matahari terbit terampun.demikianlah diulangi pada waktu Asar,Maghrib dan Isyak.Selepas Isyak org tidur,tetapi ada yang sibuk mengerjakan kebaikan dan yang lain sibuk mengerjakan maksiat.

Salman r.a berkata:'Selepas Isyak manusia adalah dibhgikan kpd 3 golongan.Ada sesetghnya malam hari itu,padanya adalah sumber kebajikan dan keuntungan.Mereka itu menghabiskan malamnya dgn menyembah Allah s.w.t itu sementara org lain nyenyak tidur;pada mereka malam hari itu mendatangkan pahala yg besar dr tuhan mereka.Pada yg lain2 malam hari menjadi bebanan dan kutukan bgnya kerana mereka mengerjakan berbagai-bagai macam maksiat pada malam hari.Bagi mereka malam hari membawa kepayahan dan kesusahan.

Golongan yg ke-3 pula ialah selepas saja Isyak terus tidur.Mereka tidak untung,rugipun tidak.

Fadilat Solat -3

Fadilat Solat

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada para sahabatnya "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorg yg mandi lima kali sehari dlm sgai yg mengalir di dpan rumahnya?" Jawab para sahabat'"Tidak,kotoran tidak akn melekat pada tubuhnya". Sabda Rasulullah s.a.w,
"begitulah umpamanya kesan solat yg dikerjakan 5 kali dlam sehari.Dgn limpah rahmat Allah ia menghapuskan segala dosa.

Fadilat Solat -2

Fadilat Solat

Dirikanlah solat pada kedua tepi siang(pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan2 yg buruk(dosa):itulah peringatan bagi org2 yang mahu igt.

Fadilat Solat -1

Fadilat Solat
Abu Zar R.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu,ialah musim daun2 gugur.Baginda ambil rating sebatang pohon yang daun2 nya mulai gugur dgn lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah,dosanya gugur seperti daun2 ini gugur dari pohon ini".