Surah Yasin

Showing posts with label Fadhilat Sadaqah. Show all posts
Showing posts with label Fadhilat Sadaqah. Show all posts

Fadhilat Sadaqah 4

" Mereka mensadaqahkan harta mereka di Jalan Allah
dan selepas itu tidak membuat ungkitan terhadap orang
 yang menerima sadaqahnya, tidak juga menyusahkannya
 maka bagi mereka adalah pahala disisi Tuhan mereka,dan
 (pada hari kiamat mereka tidak perlu takut dan tidak juga
 bimbang," [ Baqarah:36; 262]

Fadilat Sadaqah 3

"Manusia bertanya kepadamu berapa banyak harta
hendak dibelanjakan. Katakanlah bahawa apa yang
 lebih (daripada) keperluan," [Baqarah : 27 ; ayat : 219]

Keterangan :
 Harta adalah hanya untuk dibelanjakan. Jadi, simpanlah
yang keperluan sendiri dan belanjakan apa yang lebih
 daripada itu.Hadzat Ibnu Abbas r.ahu, berkata bahawa
 "'afwa" adalah apa yang lebih selepas membelanjakan
 atas ahli-ahli keluarga sendiri.Hadzrat Abu umamah r.ahu.
meriwayatkan sabdaan Baginda Rasulullah saw bahawa,
" Wahai manusia hendaklah kamu belanjakan apa yang lebih
 padamu dan inilah yang baik bagimu. Kalau kamu cuba simpan
 ini pada dirimu sendiri maka ini adalah buruk bagimu.Tetapi,
 berkadar dengan keperluan, kalau disimpan maka tidak dibenci.
Dan apabila kamu membelanjakan hendaklah kamu mulanya
dengan di atas kaum keluargamu.

Dipetik daripada Fadzail Sadaqah oleh Hadzrat
 Maulana Mohammad Zakaria

Fadhilat Sadaqah 2

 "Wahai orang yang beriman,belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat(melainkan dengan izin Allah)."(Baqarah:34;ayat:254)

Fadhilat Sadaqah 1

"Dan belanjakan (harta bendamua) di jalan Allah, dan janganlah menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.Dan berbuat baiklah (yakni hendaklah kamu membuat perbelanjaan itu dengan cara yang baik), kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.(Baqarah:24;ayat:195)