Surah Yasin

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

SSQS

SSQS

PENGENALAN

Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

 SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

PENGENALAN
Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
OBJEKTIF SSQS
Objektifnya ialah:
1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (P&).
3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran



Pelan pembangunan Pendidikan ( PPP )


Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP)

Pelan pembangunan Pendidikan atau PPP ini dirangka bagi tahun 2013-2015. Secara keseluruhan, pelan ini mengandungi 11 perkara yang perlu di ambil perhatian iaitu :

1.    Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2.    Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

3.    Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.    Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan

5.    Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah

6.    Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7.    Memanfaatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8.    Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian Pelajaran

9.    Bekerjasama dengan Ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

10.  Memaksimum keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11.  Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

Semoga pembaharuan yang dibuat ini mampu lebih meningkatkan lagi daya saing pendidikan negara serta kualiti kemenjadian pelajar disekolah.