Surah Yasin

Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts


Kita sering menghadiri pelbagai jenis acara, majlis dan program, sama ada yang rasmi atau tidak rasmi. Namun ramai pelajar yang segan dan malu berada dalam majlis. Kalau boleh biarlah berada di barisan belakang sekali. Kalau ada tiang atau tembok mahu rasanya berlindung di sebaliknya.
Kadang-kadang anda mengambil tempat di tepi pintu belakang sekali supaya senang melarikan diri tanpa diperhatikan orang. Anda seolah-olah menjadi seorang cacat yang serba kekurangan. Pada ketika lain anda merasa kekok berada di dalam sesuatu majlis. Ada ketikanya anda berasa “out of place” (berasa diri berada dalam majlis yang salah).
Mengapa terjadi demikian? Ini adalah kerana anda tidak melatih diri anda atau menambah pengetahuan anda dengan etika dalam majlis atau kemahiran mengendalikan sesuatu majlis.

ADAB MASUK KE DALAM MAJLIS
- Masuklah melalui pintu hadapan.
- Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak-agak.
- Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. Tidak perlu memberi salam jika majlis sedang berlangsung sebaliknya masuklah dengan senyap supaya majlis tidak terganggu.
- Jangan mengasak-asak, melanggar atau melangkah-langkah orang yang telah duduk terlebih dahulu.
- Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang berhampiran. Bersalamlah dan tegur menegur dengan semua orang jika majlis belum bermula.
- Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan tenang dan berbuallah dengan teratur.

ADAB KETIKA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG
- Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. 
- Jangan berdiri di tengah-tengah kumpulan orang yang duduk.
- Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh perhatian. 
- Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain (juga konsentrasi anda sendiri).
- Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam majlis dengan baik dan teliti.
- Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan (over acting) terhadap seseorang.
- Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
- Tutup telefon bimbit.
- Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada majlis tersebut.

AKSI GANJIL YANG BURUK DI DALAM MAJLIS
- Tertawa berdekah-dekah. Anda memadai tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum dan tidak tertawa berdekah-dekah.
- Mengorek hidung, telinga atau gigi.
- Berludah, menghembus hingus atau berkahak.
- Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.
- Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda mengeluarkan suara. 
- Meniru-niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.
- Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk diri sendiri.

TAJUK PERBUALAN YANG DILARANG
- Bercakap dengan angkuh.
- Tajuk yang mudah menyinggung perasaan para hadirin.
- Memuji dan berbangga dengan keistimewaan dan kecemerlangan anak-anak sendiri secara berlebihan.
- Keterlaluan dalam memperkatakan hasil ciptaan dan keistimewaan diri sendiri.
- Jangan merendah diri dalam majlis sampai tahap menghina diri sendiri sebaliknya bersikap sederhanalah.

KELAKUAN YANG TIDAK DISENANGI
- Resah gelisah apabila duduk dalam majlis seperti kata pepatah Melayu, “Seperti kera kena belacan.” 
- Mengurut-ngurut janggut, mengusap-usap cincin atau mematah-matah dan menyelang-selikan jari.
- Menguap, bersin, meludah, berkahak atau membersihkan hingus berhampiran dengan orang lain. Palinglah ke belakang dan meludah di tempat yang sesuai.

PERGAULAN
- Ikut peraturan memisahkan tempat duduk tetamu lelaki dengan tetamu perempuan.
- Jangan cuba bergurau senda dengan tetamu istimewa, VIP, VVIP, alim ulama dan orang bijak pandai. Jika perlu gunakan perkataan gurauan sepintas lalu. Itu sudah memadai untuk menceriakan suasana.
- Jangan membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa berdekah-dekah.
- Jangan bermain-main dengan orang yang kurang akal dan kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz atau belum baligh.

PERKARA MENYALAHI SYARIAT
- Pergaulan bebas yang berlainan jantina.
- Terdapat maksiat seperti minuman yang memabukkan dan perbuatan yang bersifat pemujaan jin atau syaitan.
- Mendorong orang lain melakukan kezaliman dan penganiayaan sesama manusia.
- Sengaja mewujudkan selisih faham antara dua pihak.
- Menganggap harta kekayaan itu lebih mulia daripada harga diri.

MENGAWAL DIRI DALAM MAJLIS
- Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti menangis, melolong, marah, berang, memekik, memaki hamun atau mengamuk. 
- Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang. Jangan mengambil tindakan melulu atau bertindak mengikut nafsu. Hentikan perbicaraan. 
- Apabila telah reda baharulah berbicara semula. 
- Jauhi sikap keras hati.
- Jangan pentingkan diri sendiri atau kroni (kumpulan).

MAJLIS YANG MELALAIKAN
Suatu ketika anda terkepung dalam sebuah majlis yang melalaikan. Apa yang dimaksudkan dengan majlis yang melalaikan? Antara ciri-ciri majlis yang melalaikan:
- Banyak perbualan kosong.
- Membazir masa.
- Membawa kepada kelalaian. 
- Mengadu domba.
- Mengumpat.
- Memfitnah.
- Meninggalkan waktu solat.
- Bercampur gaul dengan agenda maksiat. Terdapat ciri menzalimi orang lain, maka hendaklah minta izin untuk beredar sambil beristighfar dan berzikir.


Hasil tulisan Dato' Hj. Muhammad Bin Zakaria .

Taklim Kitabi

1. Baca atau dengar kitab karangan ulama' muktabar seperti Muntakab Hadith , Fadilat Amal dan
    lain-lain kitab yang sesuai seperti Riadus Solihin dll dengan penuh tawajjuh.

2. Tidak perlu menghuraikannya kerana bimbang huraian megikut nafsu sendiri. Jika ada ulama
    dalam halaqah taklim tersebut insya Allah beliau boleh menerangknnya.

3. Ulangi hadis beberapa kali.

4. Rasakan seolah-olah semua hadith dan hujah ditujukan kepada kita.

5. Berazam untuk mengamalkan dan menyampaikan kepada orang lain.

6. Jika ada sebarang kemusykilan , tandakan dan kemudian boleh rujuk kepada maulana dan ustaz
   yang membuat usaha agama.

KaedahTaklim Di Rumah

1. Tentukan masa talkim yang tetap contoh setiap hari selepas solat Subuh atau Maghrib.
2. Kumpulkan semua ahli yang tinggal dalam rumah. Jika tiada boleh buat sendiri.
3. Sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap kali taklim
4. Berpakaian menutup aurat.
5. Berwudhuk.

Adab-adab Tabligh


1.Menanggung sendiri sedaya mungkin segala perbelanjaan, samada untuk makan minum, tambang dan lain-lain. Sekiranya berkemampuan maka kita boleh membantu rakan-rakan yang kurang mampu.

2.Hendaklah berasa diri kita bertuah apabila dapat memberi khidmat bantuan serta semangat kepada  rakan-rakan dan semua orang yang menjalankan kerja yang mulia ini.Janganlah lupa untuk bersopan dan menghormati mereka.

3.Berhubunglah dengan semua orang Islam dengan penuh tawaduk dan rendah diri.Bercakaplah dengan mereka dengan lemah lembut  dan dengan cara memujuk.Janganlah memandang mana-mana orang Islam dengan pandangan benci dan menghina.Khususnya, janganlah cuai dalam menghormati dan memuliakan para ulama. Sebagaimana kita wajib memuliakan, membesarkan, beradab serta menghormati al-Quran dan hadith maka demikian jugalah penting bagi kita memuliakan, membesarkan, beradab dan menghormati para ulama yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan nikmat ilmu agama yang agung ini. Menghina para ulama yang haq bererti menghina agama yang akan membawa kepada kemurkaan dan kemarahan Allah s.w.t.

4. Waktu-waktu lapang hendaklah digunakan untuk membaca buku-buku agama serta untuk duduk disamping orang yang taat lagi soleh supaya dapat mempelajari selok-belok agama. Dengan ini dapat mengelakkan diri daripada berbohong, mengumpat, bergaduh, atau melakukan kemungkaran dan berfoya-foya. Hendaklah menjauhkan diri daripada perbualan dan perbuatan yang sia-sia, khasnya semasa keluar bertabligh. Sebaliknya, masa-masa itu hendaklah digunakan untuk berzikir, berfikir, berselawat, beristighfar, belajar dan belajar.

5.Carilah pendapatan yang halal dengan cara-cara yang diharuskan dan kemudian belanjakannya dengan jimat-cermat dan tunaikanlah hak-hak ahli keluarga dan sanak-saudara mengikut hukum syarak.

6.Jangan sentuh perkara-perkara yang boleh menyebabkan pertengkaran dan masalah-masalah furu’ (cabangan)sebaliknya dakwahlah manusia kepada asas tauhid dan sampaikanlah kepada mereka rukun-rukun Islam.

7.Hiasilah segala perbuatan dan perkataan dengan niat yang ikhlas kerana dengan adanya ikhlas, amal yang sedikit pun akan mendatangkan kebaikan dan keberkatan serta hasil yang baik.Tanpa keikhlasan tiada hasil yang akan didapati di dunia ini dan juga tiada ganjaran dan pahala yang akan didapati di akhirat nanti.

Dipetik daripada Fadhilat Amal oleh Shaikhul Hadith Hadzrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

Adab Membaca Al-Quran


                 Adab Zahir

1.Duduk dengan penuh hormat dalam keadaan berwuduk menghadap ke arah kiblat.

2.Jangan membaca dengan cepat, bacalah dengan tartil dan tajwid.

3.Berusahalah untuk menangis walaupun terpaksa buat-buat.

4.Tunaikanlah hak-hak ayat azab dan ayat rahmat.

5.Sekiranya terdapat kemungkinan riak atau mengganggu orang lain maka bacalah
dengan suara perlahan.  Sekiranya tidak maka bacalah dengan suara yang kuat.

6.Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith yang menekankan tentang
kepentingan membaca al-Quran  dengan suara yang merdu.

              Adab Batin

1.Sematkan keagungan al-Quran dalam hati sebagai perkataan yang sangat agung.

2.Kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah s.w.t sebagai tuan kepada al-Quran
 hendaklah disematkan dalam hati.

3.Sucikan hati dengan segala was-was dengan khayalan.

4.Renungkanlah dengan mendalam makna-makna kalimah al-Quran dan bacalah dengan kenikmatan.Rasulullah s.a.w. telah menghabiskan sepanjang malam dengan mengulangi ayat yang  berikut yang bermaksud “ Jika engkau menyeksa mereka,(maka tidak ada yang menghlang) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

5.Usahakanlah hati supaya mengikut ayat yang sedang dibaca. Contohnya semasa lidah membaca ayat rahmat, hati hendaklah penuh dengan kegembiraan semata-mata dan sekiranya  ayat azab yang dibaca maka hati hendaklah bergetar ketakutan.

6. Tumpukan pendengaran sehingga keadaan menjadi seolah-olah Allah swt sendiri yang bercakap dengan kita dan kita sedang mendengarnya.
Semoga Allah swt dengan kemurahan dan kasih dan sayangNya mengurniakan kepada kita semua taufik untuk membaca al-Quran dengan adab-adab diatas.

Petikan dari Fadhilat Amal


Adab Dalam Majlis


ADAB MASUK KE DALAM MAJLIS

- Masuklah melalui pintu hadapan.

- Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak-agak.

- Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. 
   Tidak perlu memberi salam jika majlis sedang
   berlangsung sebaliknya masuklah dengan 
   senyap supaya majlis tidak terganggu.

- Jangan mengasak-asak, melanggar atau melangkah-langkah
    orang yantelah duduk terlebih dahulu.

- Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang
    berhampiran.Bersalamlah dan tegur menegur dengan 
   semua orang jika majlis belum bermula.

- Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan 
    tenang dan berbuallah  dengan teratur.

ADAB KETIKA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG

- Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. 

- Jangan berdiri di tengah-tengah kumpulan orang yang duduk.

- Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh  
    perhatian. 

- Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang  
   lain (juga konsentrasi anda sendiri).

- Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam
   majlis dengan baik dan teliti.

- Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan (over
   acting) terhadap seseorang.

- Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
- Tutup telefon bimbit.

- Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada
   majlis tersebut.

AKSI GANJIL YANG BURUK DI DALAM MAJLIS

- Tertawa berdekah-dekah. Anda memadai tersenyum sahaja.    
   Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum dan tidak tertawa  
    berdekah-dekah.

- Mengorek hidung, telinga atau gigi.

- Berludah, menghembus hingus atau berkahak.

- Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.

- Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda
   mengeluarkan suara. 

- Meniru-niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.

- Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk
   diri sendiri.

TAJUK PERBUALAN YANG DILARANG

- Bercakap dengan angkuh.

- Tajuk yang mudah menyinggung perasaan para hadirin.

- Memuji dan berbangga dengan keistimewaan dan
   kecemerlangan anak-anak sendiri secara berlebihan.

- Keterlaluan dalam memperkatakan hasil ciptaan dan
    keistimewaan diri sendiri.

- Jangan merendah diri dalam majlis sampai tahap menghina diri
  sendiri sebaliknya bersikap sederhanalah.


KELAKUAN YANG TIDAK DISENANGI

- Resah gelisah apabila duduk dalam majlis seperti kata pepatah
   Melayu, “Seperti kera kena belacan.” 

- Mengurut-ngurut janggut, mengusap-usap cincin atau
   mematah-matah dan menyelang-selikan jari.

- Menguap, bersin, meludah, berkahak atau membersihkan
   hingus berhampiran dengan orang lain. Palinglah ke belakang
   dan meludah di tempat yang sesuai.

PERGAULAN

- Ikut peraturan memisahkan tempat duduk tetamu lelaki  
   dengan tetamu perempuan.

- Jangan cuba bergurau senda dengan tetamu istimewa, VIP,
    VVIP, alim ulama dan orang bijak pandai. Jika perlu gunakan   
    perkataan gurauan sepintas lalu. Itu sudah memadai untuk
    menceriakan suasana.

- Jangan membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa
   berdekah-dekah.

- Jangan bermain-main dengan orang yang kurang akal dan
   kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz atau belum baligh.

PERKARA MENYALAHI SYARIAT

- Pergaulan bebas yang berlainan jantina.

- Terdapat maksiat seperti minuman yang memabukkan dan
   perbuatan yang bersifat pemujaan jin atau syaitan.

- Mendorong orang lain melakukan kezaliman dan
   penganiayaan sesama manusia.

- Sengaja mewujudkan selisih faham antara dua pihak.

- Menganggap harta kekayaan itu lebih mulia daripada harga
   diri.

MENGAWAL DIRI DALAM MAJLIS

- Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti       
    menangis, melolong, marah, berang, memekik, memaki
    hamun atau mengamuk. 

- Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang.
   Jangan mengambil tindakan melulu atau  
   bertindak mengikut nafsu. Hentikan perbicaraan. 

- Apabila telah reda baharulah berbicara semula. 

- Jauhi sikap keras hati.

- Jangan pentingkan diri sendiri atau kroni (kumpulan).

MAJLIS YANG MELALAIKAN

Suatu ketika anda terkepung dalam sebuah majlis yang melalaikan. Apa
 yang dimaksudkan dengan majlis yang melalaikan? Antara ciri-ciri majlis
 yang melalaikan:

- Banyak perbualan kosong.

- Membazir masa.

- Membawa kepada kelalaian. 

- Mengadu domba.

- Mengumpat.

- Memfitnah.

- Meninggalkan waktu solat.

- Bercampur gaul dengan agenda maksiat. Terdapat ciri menzalimi orang lain, 
   maka hendaklah minta izin  untuk beredar sambil beristighfar dan berzikir.

Etika Dalam Majlis  oleh: Dato' Hj. Muhammad Bin Zakaria 
.

Adab-adab Doa


1. Memilih waktu mulia untuk berdoa, seperti hari Arafah dari tahunan,
    bulan Ramadhan dari bulanan hari Jumaat dari mingguan, waktu sahur
    dari saat-saat malaman.

2. Mengambil segala keadaan yang mulia. Berkata Abu Hurairah ra,
   ”Sesungguhnya pintu-pintu langit itu terbuka ketika bergerak barisan
    pada jalan Allah(sabilillah), ketika turun hujan dan ketika didirikan salat-
    salat fardhu. Dari itu ambillah kesempatan berdoa padanya”.

3. Berdoa dengan menghadap kiblat dan mengangkatkan kedua tangan.

4. Merendahkan suara (tidak mengeraskan suara)

5. Tidak memaksakan diri dengan susunan yang bersajak pada doa.

6. Merendahkan diri dan khusyuk

7. Menetapkan hati ketika berdoa dan meyakini akan diterima doa tersebut.

8. Bersungguh-sungguh ketika berdoa dan mengulang-ulanginya tiga kali.

9. Doa itu dimulai dengan menyebutkan(berzikir) kepada Allah Azza wa
    Jalla.

10.Adab batin.Itulah yang pokok untuk diterima doa, iaitu, taubat,
     mengembalikan segala hak orang yang teraniaya dan menghadapkan
     jiwa raga kepada Allah Azza wa Jalla dengan  seluruh kemahuan hati.


    Dipetik dari Kitab Ihya Ulumudddin Jld 2

Tujuan,Adab-adab Ta'lim dan Fadhilahnya



Ta`lim wata`lum artinya belajar dan mengajar.

Maksud dan tujuannya :
1. Untuk memasukkan nur kalamullah dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw
3. Untuk mencari ridha Allah swt
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal
5. Menghubungkan antara ilmu dan amal
6. Untuk mengingat kembali perintah Allah swt dan larangan-Nya
7. Untuk menggairahkan kita dalam beramal
8. Mendapatkan berkah majlis
9. Merupakan taman-taman surga di dunia.


Adab – Adab Ta`lim :
Adab Lahir :
1.  Dimulakan dengan shalawat 3 x
2. Duduk dalam keadaan berwuduk
3. Duduk menghadap kiblat
4,  Duduk rapat-rapat
5. Duduk tahyat awal / iftirasy
6.Tidak ada yang berbicara
7.Tidak ada yang bertanya
8.Tidak sambil tasbih / wirid
9.Tidak ada yang berdiri sebelum majlis selesai
10.Bila disebut nama Allah dijawab azza wa jalla / swt / tabaraka wata`aala
11. Bila disebut nama Nabi Muhammad SAW dijawab dengan SAW / Allahumma shalli `ala Muhammad   atau sejenis shalawat yang panjang dari itu
12. Bila disebut nama nabi-nabi yang lain dan para malaikat duijawab dengan `alaihissalam
13,  Bila disebut nama sahabat dijawab dengan radhiallahu `anhum
14. Bila disebut nama sahabiyah dijawab dengan radhiallahu `anha
15. Bila disebut nama orang-orang shaleh dijawab dengan rahmatullahi`alaihi
16. Bila disebut nama orang-orang yang telah dilaknat oleh Allah dijawab dengan laknatullahi `alaih.

Adab Batin :
1.  Takzhim wal iktiram, mengagungkan dan memuliakan
2. Tasdiq wal yakin, membenarkan dan meyakini
3.  Ta`atsur bil qalbi, berkesan didalam hati
4.  Niatul `amal wa tabligh, niat mengamalkan dan menyampaikan


Fadhilahnya :
Barangsiapa yang duduk dalam majlis ta`;im, maka Allah swt yang berikan :
1. Diberikan sakinah / ketenangan jiwa
2. Dicucuri rahmat
3. Dikerumuni para malaikat mulai dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt
4. Malaikat yang hadir akan memintakan ampun kepada Allah swt untuk orang yang hadir di majlis ta`lim.
5. Orang yang mamudahkan langkahnya ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya ke surga.
6. Semua benda-benda yang hidup dan yang mati yang dilewati orang menuju majlis ilmu akan memintakan ampun untuknya kepada Allah swt.
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim serta orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt dihadapan majlis para malaikat
8. Membaca 1 ayat Al-Qur`an di dalam ta`lim maka lebih baik daripada 100 rakaat shalat sunnat.
9. Membaca / mempelajari satu bab ilmu lebih baik daripada 1000 rakaat shalat sunat.
10.  Diam sebentar didalam ta`lim sama dengan menghantar 1000 jenazah dan menjenguk 1000 orang sakit.

Ta`lim terbahagi 3:
1. Halaqah Qur`an
2. Ta`lim kitabi
3. Enam sifat sahabat.

Adab Menuntut Ilmu



1. Niat menuntut ilmu mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t seperti
    niat melakukan ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan 
    sebagainya 
3. Menuntut ilmu-ilmu yang dibenarkan oleh Islam sahaja, 
     adapun ilmu yang tidak dibenarkan oleh Islam ialah seperti
     ilmu mencuri, merompak, menipu, mencipta virus,ilmu sihir
     dan lain-lain lagi yang membawa kepada keburukan,
     kemusnahan serta kehancuran.

4. Semasa menuntut ilmu tidak boleh sama sekali
    meninggalkan kefardhuan seperti sembahyang dan
    sebagainya.

5. Semasa menuntut ilmu tidak boleh dicampur aduk dengan
    unsur-unsur maksiat sepert tempat duduk yang tidak
    mengasingkan antara lelaki dengan perempuan, tidak 
    menuntut aurat, bersentuhan  lelaki dan perempuan, 
    mengumpat dan sebagainya.

            6.  Memuliakan dan menghormati guru.

           7. Selalu mendoakan keselamatan,kesejahteraan dan 
               keampunan untuk guru

Adab Dengan Guru




1.       Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
2.       Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
3.       Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
4.       Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa   
        dalam keadaan tenang.
5.     Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah   
SWT dan Rasulullah SAW.

6.       Lakukan apa yang paling disukai oleh guru.
7.       Hindari dari menyinggung perasaan guru.
8.       Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru.
9.      Selalu menziarahi mereka
10.   Mengambil berat tentang mereka