Surah Yasin

Kelebihan Manzil




Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus kedua-duanya dalam amal.
Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim ulama untuk  membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka.
Amalan membaca manzil ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Ai-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “ Al-Qaulul Jamil” bahawa, “Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Disamping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain.”
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat “Manzil” ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat.
Antara senarai manzil yang terdapat dalam al-Qur'an al-Kareem:
1. Surah Al-Fatihah [1:1-7].
2. Surah Al-Baqarah [2:1-5].
3. Surah Al-Baqarah [2:163].
4. Surah Al-Baqarah [2:255-257].
5. Surah Al-Baqarah [2:284-286].
6. Surah 'Ali 'Imran [3:18].
7. Surah 'Ali 'Imran [3:26-27].
8. Surah Al-'A'raf [7:54-56].
9. Surah Bani Israil [17:110-111].
10. Surah Al-Mu'minun [23:115-118].
11. Surah As-Saffat [37:1-11].
12. Surah Ar-Rahman [55:33-40].
13. Surah Al-Hashr [59:21-24].
14. Surah Al-Jinn [72:1-4].
15. Surah Al-Kafirun [109:1-6].
16. Surah Al-Ikhlas [112:1-4].
17. Surah Al-Falaq [113:1-5].
18. Surah An-Nas [114:1-6].

Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang).

MANZIL






Dipetik daripada Manzil Resam Uthmani yang disusun oleh Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria





No comments: