Surah Yasin

Lima perkara dapat diperolehi melalui lima cara

 Lima perkara dapat diperolehi melalui lima cara:


1) Berkat rezeki melalui Isyraq

2) Cahaya di dalam kubur melalui Tahajjud

3) Mudah menjawab soalan Munkar dan Nakir melalui tadarus Al-Quran

4) Mudah  melintasi Titian Sirat melalui puasa dan sedeqah

5) Sebuah  bilik di bawah naungan Arasy ilahi pada hari hisab melalui zikrullah.

Fadilat Solat-6

 

Fadilat Solat

Huzaifah r.a. kata bahwa apabila Rasulullah s.a.w. tersua dengan sesuatu kesulitan, lantas Baginda salat. Salat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t. Bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat Allah s.w.t. dan apabila rahmat Allah s.w.t. itu tiba meyelamatkan pastilah bahwa bekas-bekas kesulitan itu tak akan ada lagi.

Fadilat Solat-5

Fadilat Solat

 Allah s.w.t. menganugerah lima kurnia atas seorang yang menjaga solatnya : 

(i) rezekinya dipermudahkan baginya,

(ii) dia diselamatkan dari azab kubur,

 (iii) dia akan menerima buku catatannya dari tangan kanannya pada Hari Hisab,

(iv) dia akan melintas Titian  Sirat pantas seperti kilat,

 (v) dia akan masuk Syurga tanpa hisab.

Bagi orang yang melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima macam  azab dalam dunia ini. Tiga semasa mati, di dalam kubur dan tiga selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini :-

(i) dia tidak dirahmati dalam kehidupannya

 (ii) dia kehilangan nur yang mana muka orang-orang  yang soleh penuh dengannya

 (ii) dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik

 (iv) doa-doanya  tidak dimaqbulkan

(v) dia tak dapat bagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

Azab pada masa dia hendak mati:-

(i) dia mati dengan keadaan aib

(ii) dia mati kelaparan

(iii) dia mati dalam keadaan dahaga hingga air di dunia ini tak dapat menghilangkan hausnya.

Azab di dalam kubur:-

(i) dia dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya herceragah

 (ii) api dibakar dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam

(iii) ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama guruh bunyi suaranya, "Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari karena kamu melengah-lengahkan solat Subuh hingga Zuhur; karena melengah-lengahkan solat  Zuhur hingga matahari masuk ke lubangnga; karena melengah-lengahkan salat  Asar hingga Maghrib; karena melengah-lengahkan solat Maghrib hingga Isyak karena melengah-lengahkan Isyak hingga Fajar. Ular itu terus memukulnya hinggalah ke Hari Qiamat. Setiap pukulan membenamkannya hingga ke tujuh puluh hasta.

Azab selepas kebangkitan:

(i) Hisabnya keras sekali

(ii) Allah s.w.t. murka padanya


Kaedah Rawatan Islam

 Rawatan Penyakit Menggunakan Kaedah Rawatan Islam oleh AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din


1)  Jika dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.

 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.

 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.


2)  Jika disengat  ikan sembilang atau ikan keli, penawarnya  ada  pada otak ikan tersebut.

 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat


3) Jika terkena  duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.

 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya

 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali

 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Jika terkena  sihir untuk menceraikan suami isteri

 Baca Surah Al - Baqarah, ayat 102


5 ) Penyakit Resdung

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan

 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)

 - Setiap kolah masjid, 1 botol.

 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung

 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.

 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'

 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula

 - Ulang sebanyak 7 kali

 Surah Al - Anbya', ayat 83


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)

 - Gunakan minyak zaitun

 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi

 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

 Surah At- Taubah ayat 14  & surah Al - Hashr ayat 21


7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita

 - Menggunakan madu asli

 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi

 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu

 - Makan 1 sudu sehari

 Surah An -Nahl, ayat 69


8) Angin pasang

 - Menggunakan madu

 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini

 -Surah Al - Isra', ayat 82

 Surah Al - Hashr, ayat 21

 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung

 Bahan - bahan :

 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)

 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)

 - Buah kelapa (yang berhingus)

 Cara - cara :

 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.

 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.

 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.

 - Minum air kelapa yang telah suam.

 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.


10) Susah tidur malam

 Surah Al - kahf, ayat 11


11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi

 Surah - fussilat, ayat 44


12) Merawat histeria

 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..

 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

 - As saffat , ayat 7


Semoga Al Marhum Tn Guru Harun Din mendapat pahala berpanjangan... Aamiiinnn

Jg mendapat pahala bagi yg telah share ilmu ini.

Surah- Surah Untuk Hafazan Sekolah Rendah.

Surah- Surah Untuk Hafazan Sekolah Rendah.


TAHUN 1 


1. Al Fatihah

2. Al-Fil

3. Al-Quraish

4. Al-Ma'un

5. Al-Kauthar

6. Al-Kafirun

7. Al-Masad

8. Al-Ikhlas

9. Al-Falaq

10. An-Nas


TAHUN 2


1. Ad-Dhuha

2. As-Syarhu/ Al-Insyirah

3. At-Tiin

4. Al-A'laq

5. Al-Qadr

6. Al-Bayyinah

7. Az-Zalzalah

8. Al-A'diyat

9. Al-Qariah

10. At-Takaathur

11. Al-Asr

12. Al-Humazah

13. Surah Tahun 1


TAHUN 3


1. Al-Mutoffifin

2. Al-Insyiqaq

3. Al-Buruj

4. At-Toriq

5. Al-A'la

6. Al-Ghasiah

7. Al-Fajr

8. Al-Balad

9. As-Syams

10. Al-Lail

11. Surah Tahun 1 dan 2


TAHUN 4

1. An-Naba'

2. An-Nazi'at

3. A'basa

4. At-Takwir

5. Al-Infithor

6. Surah Tahun 1-3


TAHUN 5

1. Yasin

2. Ad-Dukhan

3. Al-Mulk

4. Al-Insan

5. Surah Tahun 1-4

TAHUN 6

1. As-Sajadah

2. Al-Waqia'h

3. Al-Juma'h

4. Surah Tahun 1-5

JUMLAH = 44 Surah 

( Hanya 70 surah lagi untuk mengkhatamkan Al-Quran )

21 Pesanan Daripada Ustaz Ebit

 



21 Pesanan  Dari Ustaz Ebit  



1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”


2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”


3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”


4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”


5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”


6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”


7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”


8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”


9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”


10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”


11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”


12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”


13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”


14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”


15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”


16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”


17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”


18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”


19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”


20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”


21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”


*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*

Fadilat Ta'lim di Rumah

Fadilat Ta'lim Di Rumah

1. Rumah akan dikunjungi malaikat  dan menjauhkan syaitan

2. Pintu masuknya agama ke  dalam diri ahli keluarga.

3. Amal sunnah kerana dalam sunnah pasti ada kejayaan.
.
4. Nur Quran dan nur hadith masuk ke dalam rumah.

5. Menutup majlis lalai dan menutup lubang-lubang maksiat.

6. Melembutkan hati setiap ahli rumah.

7. Bukti di akhirat nanti bahawa kita cinta Allah. cinta Rasul dan cinta Agama.


Kita sering menghadiri pelbagai jenis acara, majlis dan program, sama ada yang rasmi atau tidak rasmi. Namun ramai pelajar yang segan dan malu berada dalam majlis. Kalau boleh biarlah berada di barisan belakang sekali. Kalau ada tiang atau tembok mahu rasanya berlindung di sebaliknya.
Kadang-kadang anda mengambil tempat di tepi pintu belakang sekali supaya senang melarikan diri tanpa diperhatikan orang. Anda seolah-olah menjadi seorang cacat yang serba kekurangan. Pada ketika lain anda merasa kekok berada di dalam sesuatu majlis. Ada ketikanya anda berasa “out of place” (berasa diri berada dalam majlis yang salah).
Mengapa terjadi demikian? Ini adalah kerana anda tidak melatih diri anda atau menambah pengetahuan anda dengan etika dalam majlis atau kemahiran mengendalikan sesuatu majlis.

ADAB MASUK KE DALAM MAJLIS
- Masuklah melalui pintu hadapan.
- Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak-agak.
- Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. Tidak perlu memberi salam jika majlis sedang berlangsung sebaliknya masuklah dengan senyap supaya majlis tidak terganggu.
- Jangan mengasak-asak, melanggar atau melangkah-langkah orang yang telah duduk terlebih dahulu.
- Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang berhampiran. Bersalamlah dan tegur menegur dengan semua orang jika majlis belum bermula.
- Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan tenang dan berbuallah dengan teratur.

ADAB KETIKA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG
- Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. 
- Jangan berdiri di tengah-tengah kumpulan orang yang duduk.
- Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh perhatian. 
- Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain (juga konsentrasi anda sendiri).
- Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam majlis dengan baik dan teliti.
- Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan (over acting) terhadap seseorang.
- Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
- Tutup telefon bimbit.
- Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada majlis tersebut.

AKSI GANJIL YANG BURUK DI DALAM MAJLIS
- Tertawa berdekah-dekah. Anda memadai tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum dan tidak tertawa berdekah-dekah.
- Mengorek hidung, telinga atau gigi.
- Berludah, menghembus hingus atau berkahak.
- Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.
- Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda mengeluarkan suara. 
- Meniru-niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.
- Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk diri sendiri.

TAJUK PERBUALAN YANG DILARANG
- Bercakap dengan angkuh.
- Tajuk yang mudah menyinggung perasaan para hadirin.
- Memuji dan berbangga dengan keistimewaan dan kecemerlangan anak-anak sendiri secara berlebihan.
- Keterlaluan dalam memperkatakan hasil ciptaan dan keistimewaan diri sendiri.
- Jangan merendah diri dalam majlis sampai tahap menghina diri sendiri sebaliknya bersikap sederhanalah.

KELAKUAN YANG TIDAK DISENANGI
- Resah gelisah apabila duduk dalam majlis seperti kata pepatah Melayu, “Seperti kera kena belacan.” 
- Mengurut-ngurut janggut, mengusap-usap cincin atau mematah-matah dan menyelang-selikan jari.
- Menguap, bersin, meludah, berkahak atau membersihkan hingus berhampiran dengan orang lain. Palinglah ke belakang dan meludah di tempat yang sesuai.

PERGAULAN
- Ikut peraturan memisahkan tempat duduk tetamu lelaki dengan tetamu perempuan.
- Jangan cuba bergurau senda dengan tetamu istimewa, VIP, VVIP, alim ulama dan orang bijak pandai. Jika perlu gunakan perkataan gurauan sepintas lalu. Itu sudah memadai untuk menceriakan suasana.
- Jangan membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa berdekah-dekah.
- Jangan bermain-main dengan orang yang kurang akal dan kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz atau belum baligh.

PERKARA MENYALAHI SYARIAT
- Pergaulan bebas yang berlainan jantina.
- Terdapat maksiat seperti minuman yang memabukkan dan perbuatan yang bersifat pemujaan jin atau syaitan.
- Mendorong orang lain melakukan kezaliman dan penganiayaan sesama manusia.
- Sengaja mewujudkan selisih faham antara dua pihak.
- Menganggap harta kekayaan itu lebih mulia daripada harga diri.

MENGAWAL DIRI DALAM MAJLIS
- Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti menangis, melolong, marah, berang, memekik, memaki hamun atau mengamuk. 
- Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang. Jangan mengambil tindakan melulu atau bertindak mengikut nafsu. Hentikan perbicaraan. 
- Apabila telah reda baharulah berbicara semula. 
- Jauhi sikap keras hati.
- Jangan pentingkan diri sendiri atau kroni (kumpulan).

MAJLIS YANG MELALAIKAN
Suatu ketika anda terkepung dalam sebuah majlis yang melalaikan. Apa yang dimaksudkan dengan majlis yang melalaikan? Antara ciri-ciri majlis yang melalaikan:
- Banyak perbualan kosong.
- Membazir masa.
- Membawa kepada kelalaian. 
- Mengadu domba.
- Mengumpat.
- Memfitnah.
- Meninggalkan waktu solat.
- Bercampur gaul dengan agenda maksiat. Terdapat ciri menzalimi orang lain, maka hendaklah minta izin untuk beredar sambil beristighfar dan berzikir.


Hasil tulisan Dato' Hj. Muhammad Bin Zakaria .

Taklim Kitabi

1. Baca atau dengar kitab karangan ulama' muktabar seperti Muntakab Hadith , Fadilat Amal dan
    lain-lain kitab yang sesuai seperti Riadus Solihin dll dengan penuh tawajjuh.

2. Tidak perlu menghuraikannya kerana bimbang huraian megikut nafsu sendiri. Jika ada ulama
    dalam halaqah taklim tersebut insya Allah beliau boleh menerangknnya.

3. Ulangi hadis beberapa kali.

4. Rasakan seolah-olah semua hadith dan hujah ditujukan kepada kita.

5. Berazam untuk mengamalkan dan menyampaikan kepada orang lain.

6. Jika ada sebarang kemusykilan , tandakan dan kemudian boleh rujuk kepada maulana dan ustaz
   yang membuat usaha agama.

KaedahTaklim Di Rumah

1. Tentukan masa talkim yang tetap contoh setiap hari selepas solat Subuh atau Maghrib.
2. Kumpulkan semua ahli yang tinggal dalam rumah. Jika tiada boleh buat sendiri.
3. Sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap kali taklim
4. Berpakaian menutup aurat.
5. Berwudhuk.