Portal ini dibangunkan bertujuan
untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di
sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian
Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan ICT di
sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di
dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.
SMART SCHOOL QUALIFICATION
STANDARDS (SSQS)
PENGENALAN
Pengukuran tahap bestari sekolah
dibuat dengan Smart
School Qualification Standards (SSQS)
yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS
dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia
Development Corporation (MDeC).
OBJEKTIF
SSQS
Objektifnya ialah:
1. Meningkatkan penggunaan ICT
sekolah.
2. Menjadi sistem pemantauan dan
pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan
pembelajaran (P&).
3. Menjadi rujukan untuk
penambahbaikan polisi dan program KPM.
4. Memperkasa guru dan murid
dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran
|
No comments:
Post a Comment