Surah Yasin

Adab Dalam Majlis


ADAB MASUK KE DALAM MAJLIS

- Masuklah melalui pintu hadapan.

- Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak-agak.

- Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. 
   Tidak perlu memberi salam jika majlis sedang
   berlangsung sebaliknya masuklah dengan 
   senyap supaya majlis tidak terganggu.

- Jangan mengasak-asak, melanggar atau melangkah-langkah
    orang yantelah duduk terlebih dahulu.

- Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang
    berhampiran.Bersalamlah dan tegur menegur dengan 
   semua orang jika majlis belum bermula.

- Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan 
    tenang dan berbuallah  dengan teratur.

ADAB KETIKA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG

- Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. 

- Jangan berdiri di tengah-tengah kumpulan orang yang duduk.

- Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh  
    perhatian. 

- Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang  
   lain (juga konsentrasi anda sendiri).

- Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam
   majlis dengan baik dan teliti.

- Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan (over
   acting) terhadap seseorang.

- Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
- Tutup telefon bimbit.

- Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada
   majlis tersebut.

AKSI GANJIL YANG BURUK DI DALAM MAJLIS

- Tertawa berdekah-dekah. Anda memadai tersenyum sahaja.    
   Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum dan tidak tertawa  
    berdekah-dekah.

- Mengorek hidung, telinga atau gigi.

- Berludah, menghembus hingus atau berkahak.

- Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.

- Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda
   mengeluarkan suara. 

- Meniru-niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.

- Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk
   diri sendiri.

TAJUK PERBUALAN YANG DILARANG

- Bercakap dengan angkuh.

- Tajuk yang mudah menyinggung perasaan para hadirin.

- Memuji dan berbangga dengan keistimewaan dan
   kecemerlangan anak-anak sendiri secara berlebihan.

- Keterlaluan dalam memperkatakan hasil ciptaan dan
    keistimewaan diri sendiri.

- Jangan merendah diri dalam majlis sampai tahap menghina diri
  sendiri sebaliknya bersikap sederhanalah.


KELAKUAN YANG TIDAK DISENANGI

- Resah gelisah apabila duduk dalam majlis seperti kata pepatah
   Melayu, “Seperti kera kena belacan.” 

- Mengurut-ngurut janggut, mengusap-usap cincin atau
   mematah-matah dan menyelang-selikan jari.

- Menguap, bersin, meludah, berkahak atau membersihkan
   hingus berhampiran dengan orang lain. Palinglah ke belakang
   dan meludah di tempat yang sesuai.

PERGAULAN

- Ikut peraturan memisahkan tempat duduk tetamu lelaki  
   dengan tetamu perempuan.

- Jangan cuba bergurau senda dengan tetamu istimewa, VIP,
    VVIP, alim ulama dan orang bijak pandai. Jika perlu gunakan   
    perkataan gurauan sepintas lalu. Itu sudah memadai untuk
    menceriakan suasana.

- Jangan membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa
   berdekah-dekah.

- Jangan bermain-main dengan orang yang kurang akal dan
   kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz atau belum baligh.

PERKARA MENYALAHI SYARIAT

- Pergaulan bebas yang berlainan jantina.

- Terdapat maksiat seperti minuman yang memabukkan dan
   perbuatan yang bersifat pemujaan jin atau syaitan.

- Mendorong orang lain melakukan kezaliman dan
   penganiayaan sesama manusia.

- Sengaja mewujudkan selisih faham antara dua pihak.

- Menganggap harta kekayaan itu lebih mulia daripada harga
   diri.

MENGAWAL DIRI DALAM MAJLIS

- Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti       
    menangis, melolong, marah, berang, memekik, memaki
    hamun atau mengamuk. 

- Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang.
   Jangan mengambil tindakan melulu atau  
   bertindak mengikut nafsu. Hentikan perbicaraan. 

- Apabila telah reda baharulah berbicara semula. 

- Jauhi sikap keras hati.

- Jangan pentingkan diri sendiri atau kroni (kumpulan).

MAJLIS YANG MELALAIKAN

Suatu ketika anda terkepung dalam sebuah majlis yang melalaikan. Apa
 yang dimaksudkan dengan majlis yang melalaikan? Antara ciri-ciri majlis
 yang melalaikan:

- Banyak perbualan kosong.

- Membazir masa.

- Membawa kepada kelalaian. 

- Mengadu domba.

- Mengumpat.

- Memfitnah.

- Meninggalkan waktu solat.

- Bercampur gaul dengan agenda maksiat. Terdapat ciri menzalimi orang lain, 
   maka hendaklah minta izin  untuk beredar sambil beristighfar dan berzikir.

Etika Dalam Majlis  oleh: Dato' Hj. Muhammad Bin Zakaria 
.

No comments: