Surah Yasin

Adab Membaca Al-Quran


                 Adab Zahir

1.Duduk dengan penuh hormat dalam keadaan berwuduk menghadap ke arah kiblat.

2.Jangan membaca dengan cepat, bacalah dengan tartil dan tajwid.

3.Berusahalah untuk menangis walaupun terpaksa buat-buat.

4.Tunaikanlah hak-hak ayat azab dan ayat rahmat.

5.Sekiranya terdapat kemungkinan riak atau mengganggu orang lain maka bacalah
dengan suara perlahan.  Sekiranya tidak maka bacalah dengan suara yang kuat.

6.Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith yang menekankan tentang
kepentingan membaca al-Quran  dengan suara yang merdu.

              Adab Batin

1.Sematkan keagungan al-Quran dalam hati sebagai perkataan yang sangat agung.

2.Kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah s.w.t sebagai tuan kepada al-Quran
 hendaklah disematkan dalam hati.

3.Sucikan hati dengan segala was-was dengan khayalan.

4.Renungkanlah dengan mendalam makna-makna kalimah al-Quran dan bacalah dengan kenikmatan.Rasulullah s.a.w. telah menghabiskan sepanjang malam dengan mengulangi ayat yang  berikut yang bermaksud “ Jika engkau menyeksa mereka,(maka tidak ada yang menghlang) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

5.Usahakanlah hati supaya mengikut ayat yang sedang dibaca. Contohnya semasa lidah membaca ayat rahmat, hati hendaklah penuh dengan kegembiraan semata-mata dan sekiranya  ayat azab yang dibaca maka hati hendaklah bergetar ketakutan.

6. Tumpukan pendengaran sehingga keadaan menjadi seolah-olah Allah swt sendiri yang bercakap dengan kita dan kita sedang mendengarnya.
Semoga Allah swt dengan kemurahan dan kasih dan sayangNya mengurniakan kepada kita semua taufik untuk membaca al-Quran dengan adab-adab diatas.

Petikan dari Fadhilat Amal


No comments: