Surah Yasin

Adab-adab Tabligh


1.Menanggung sendiri sedaya mungkin segala perbelanjaan, samada untuk makan minum, tambang dan lain-lain. Sekiranya berkemampuan maka kita boleh membantu rakan-rakan yang kurang mampu.

2.Hendaklah berasa diri kita bertuah apabila dapat memberi khidmat bantuan serta semangat kepada  rakan-rakan dan semua orang yang menjalankan kerja yang mulia ini.Janganlah lupa untuk bersopan dan menghormati mereka.

3.Berhubunglah dengan semua orang Islam dengan penuh tawaduk dan rendah diri.Bercakaplah dengan mereka dengan lemah lembut  dan dengan cara memujuk.Janganlah memandang mana-mana orang Islam dengan pandangan benci dan menghina.Khususnya, janganlah cuai dalam menghormati dan memuliakan para ulama. Sebagaimana kita wajib memuliakan, membesarkan, beradab serta menghormati al-Quran dan hadith maka demikian jugalah penting bagi kita memuliakan, membesarkan, beradab dan menghormati para ulama yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan nikmat ilmu agama yang agung ini. Menghina para ulama yang haq bererti menghina agama yang akan membawa kepada kemurkaan dan kemarahan Allah s.w.t.

4. Waktu-waktu lapang hendaklah digunakan untuk membaca buku-buku agama serta untuk duduk disamping orang yang taat lagi soleh supaya dapat mempelajari selok-belok agama. Dengan ini dapat mengelakkan diri daripada berbohong, mengumpat, bergaduh, atau melakukan kemungkaran dan berfoya-foya. Hendaklah menjauhkan diri daripada perbualan dan perbuatan yang sia-sia, khasnya semasa keluar bertabligh. Sebaliknya, masa-masa itu hendaklah digunakan untuk berzikir, berfikir, berselawat, beristighfar, belajar dan belajar.

5.Carilah pendapatan yang halal dengan cara-cara yang diharuskan dan kemudian belanjakannya dengan jimat-cermat dan tunaikanlah hak-hak ahli keluarga dan sanak-saudara mengikut hukum syarak.

6.Jangan sentuh perkara-perkara yang boleh menyebabkan pertengkaran dan masalah-masalah furu’ (cabangan)sebaliknya dakwahlah manusia kepada asas tauhid dan sampaikanlah kepada mereka rukun-rukun Islam.

7.Hiasilah segala perbuatan dan perkataan dengan niat yang ikhlas kerana dengan adanya ikhlas, amal yang sedikit pun akan mendatangkan kebaikan dan keberkatan serta hasil yang baik.Tanpa keikhlasan tiada hasil yang akan didapati di dunia ini dan juga tiada ganjaran dan pahala yang akan didapati di akhirat nanti.

Dipetik daripada Fadhilat Amal oleh Shaikhul Hadith Hadzrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

No comments: