Surah Yasin

Solat Berkualiti Yang Dianjurkan oleh Ahli-Ahli Sufi


Untuk  mendapatkan manfaat solat yang sempurna kita hendaklah ikhlas dan menjaga perkara-perkara berikut:

1. Ilmu  : Amal ibadat yang diamal dengan ilmu yang cukup adalah sangat berkualiti.
    a) Mengetahui amalan yang fardhu dan yang sunat.
    b) Mengetahui perkara yang fardhu dan sunat  dalam wudhu’ dan solat.
    c) Mengetahui bagaimana syaitan menghalangi dalam solat.

2. Wudhu’          
    a) Membersihkan hati dari hasad dan dengki
    b) Menjaga diri diri daripada melakukan dosa
    c) Tidak membazir air ketika mengambil wudhu’

3. Pakaian
     a) Pakaian  yang dipakai dari sumber yang halal dan bersih
     b) Pakaian yang sederhana  dan tidak bermegah-megah.

4. Waktu
     a) Sentiasa menunggu azan .
     b) Mengambil berat waktu solat supaya tidak terlambat.

5. Qiblat
   a) Mengadap Qiblat dengan jasad.
  b) Semasa mengadap Qiblat pastikan  hati sentiasa mengingati Allah.
  c) Sentiasa taati Allah sebagaimana hamba mentaati tuannya.

6. Niat
    a) Yakin dengan sebenar-benar yakin  solat yang akan ditunaikan.
    b) Sentiasa sedar kita sedang menghadap Allah yang  sentiasa melihat kita.
    c) Yakin dengan sebenar-benar yakin  bahawa Allah swt mengetahui
         apa yang terkandung dalam hati kita.

7. Takbiratul ihram
    a) Dilafazkan dengan betul.
    b) Kedua-dua belah tangan hendaklah diangkat hingga ketelinga.Ini menunjukkan bahawa kita telah                    memutuskan hubungan kita dengan segala-galanya kecuali Allah s.w.t.
    c)Kebesaran Allah s.w.t terasa dalam hati ketika melafaz " Allahu Akhbar".

8. Qiyam.
     a) Pandang ke tempat sujud.
     b) Rasa di dalam hati bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah s.w.t.
     c) Tumpukan ingatan  hanya kepada Allah.

9. Qaraat.
     a) Membaca Quran dengan tajwidnya
     b) Berfikir makna ayat-ayat yang dibaca.
     c) Cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya upaya.

10. Ruku'.
      a) Belakang kita mestilah lurus di mana seluruh badan atas dari kaki hendaklah lurus seperti satu garisan.
      b) Lutut dipegang kukuh dengan jari-jari direnggangkan.
      c) Mengucap tasbih dengan penuh tawadhu' dan khusyu'.

11. Sujud.
      a) Tangan diletak hampir dengan telinga
      b) Siku ditinggikan dari bumi.
      c) Mengucap takbir dengan khusyu'.

12. Qaadah.
       a) Duduk di atas kaki kiri di mana kaki kanan ditegakkan.
       b) Mengucap tasyadud dengan khusyu' serta mengingatkan maknanya kerana ia mengandungi salawat                atas Rasullullah s.a.w serta doa bagi saudara-saudara kita orang Islam.
       c) Menganggap salam sebagai satu ucapan salam kepada Malaikat -Malaikat dan juga orang-orang di              sebelah kanan dan kiri kita.

Perkara-perkara di atas hendaklah dilakukan dengan ikhlas di mana bersolat semata-mata untuk mencapai keredaan Allah sw.t. Kita juga hendaklah menginsafi  bahawa kita dapat bersolat dengan adanya rahmat dan rahimNya.Selain itu kita hendaklah mengharapkan pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

No comments: